Laksamana Hang Nadim anak Hang Jebat Hang_Jebat

Manakala sumber dari Sejarah Melayu mengatakan, sebaik sahaja Hang Nadim dilahirkan, beliau telah dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah setelah Hang Jebat mewasiatkan kepada Hang Tuah agar menjaga anaknya sebelum beliau meninggal dunia. Sebaik sahaja meningkat dewasa, beliau dinikahkan dengan Tun Mas Jiwa atau Tun Emas Jiwa, anak perempuan kepada Hang Tuah. Hasil perkahwinan itu, pasangan berketurunan pahlawan terulung ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Tun Mat Ali.[4]

Hang Nadim dilantik menjadi Laksamana menggantikan Laksamana Khoja Hassan yang dipecat oleh Sultan Mahmud kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir. Dengan keberanian dan ketangkasan yang diwarisi dari arwah ayah dan bapa mertuanya, Laksamana Hang Nadim diberikan tanggungjawab mengetuai pasukan tentera kerajaan Melaka menentang pencerobohan Portugis pada tahun 1511.